Diuruskan Oleh
StarSoft Systems Sdn Bhd
Diasaskan oleh Dr Pasupathi pada tahun 2010, CxSYS dibina khas untuk membantu para GP untuk menguruskan bukan sahaja pesakit dan data klinikal, tetapi juga pengurusan klinik secara keseluruhan dan berkesan. Bersama dengan doktor-doktor yang masih menguruskan rangkaian klinik sendiri, kami masih terlibat secara aktif dalam pembangunan secara berterusan CxSYS. Walaupun CxSYS boleh dikatakan mantap kerana mampu menangani segala urusan klinik, pembaharuan secara berterusan amat penting untuk terus memantapkan pengurusan klinik-klinik.

Dengan integrasi beberapa sistem yang secara individunya boleh mencecah ribuan ringgit, CxSYS menggantikan kesemua sistem-sistem penting tersebut dengan satu sistem yang boleh digunakan oleh bukan sahaja doktor malah mana-mana staf sahaja. Dengan kerjasama antara profesional ICT tersendiri dan beberapa profesional ICT luaran, kami sedang menuju ke arah perkhidmatan kesihatan dan pengurusan klinik yang lebih baik khusus untuk GP di Malaysia. CxSYS merupakan sistem pertama di Malaysia yang menggunakan HL7 & DICOM, lebih sekadar ini, ia juga adalah sistem pertama yang membolehkan segala pengurusan klinik dibuat tanpa bergantung kepada mana-mana sistem luaran.

Pengasas CxSYS masih menguruskan klinik-klinik tersendiri dengan CxSYS. Hakikat ini menjanjikan jaminan kepada semua pengguna CxSYS kerana bersama-sama, kualiti, keberkesanan dan efisiensi boleh dimantapkan untuk manfaat semua